Monday 16 July 2012

Pornography

Berpuluh jilid. Video yg sangat hit dan menjadi buah mulut kebanyakan golongan muda beragama Islam Malaysia. Illuminati, Yahudi, Kristian, Syaitan, semua kena bantai dalam video-video ini. Kecuali Islam.

Aku agak tak berkenan dengan video-video seumpama ini. Bagus mengingatkan tapi macam ada yang tak kena. Agama lain jahat kecuali agama Islam. Jangan salah faham. Aku beragama Islam.Tapi untuk melihat agama lain diserang tanpa BUKTI YANG KUKUH, amatlah berat sekali untuk aku pikul. Sebab agama aku tidak menyuruh sesiapa berbuat demikian. Termasuklah mereka yang mempunyai banyak masa untuk membuat video-video yang sedemikan. Mungkin aku jahil, tetapi ini logik. Conspiracy Theory is the way to go nowadays. Semua orang sangat 'bijak' membuat spekulasi. Politics, economy and why not religion.

Rasa macam nak mati bila tengok. Rasa nak sembahyang bila tengok. Rasa nak buat something bila dapat tahu. Mustahil semua ini adalah satu kebetulan. MUSTAHIL!! Its coming! This is it! We are all going to die! Its..! Its..! Fuh..thank God its not You! Its just The Arrival.......

Wednesday 4 January 2012

Tahun baru 2012

Entry ini bukan untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua. Tapi untuk menyatakan keluhan serta kekecewaan terhadap perkara yang terjadi pada malam sambutan tahun baru yang lepas..

"Pelajar UPSI Dibelasah dan Ditangkap"

Aduh...awal pagi lagi, dah kena baca berita macam ni. 17 ditahan, belasan cedera, seorang pelajar koma. Aku mmg agak ralat dan kurang gemar dengan sesetengah individu yang mahu menjadi 'hero retorik' baru Malaysia. Kononnya the next 'Anwar Ibrahim'. Percayalah cakap aku, hero-hero yang seperti ini, datang dan kemudiannya pergi. Mengkhianati sesuatu yang kononnya diperjuangkan sekarang tetapi melupakannya kemudian hari. Hari ini sokong sini,esok lain pula ceritanya. Atas sebab tidak berpuas hati kerana tidak menjadi AJK mana-mana parti atau persatuan, mulalah kutuk pula. Parti tidak telus lah, persatuan seleweng lah. Nama, pangkat dan harta adalah keutamaan mereka. Memang selalunya jadi begini. Aku bercakap menerusi pengalaman. Tak usahlah nak kata, ini semua atas dasar perjuangan. Kita bukannya Nabi. Mungkin ada lah seorang dua yang betul ikhlas. Tapi memang susah hendak kita jumpa spesis seperti ini. SUSAH SANGAT. No even one in a million.

Soalnya sekarang ialah "Perlukah pelajar-pelajar UPSI ini atau mana-mana manusia lain di dunia ini terutamanya di Malaysia, dilayan seperti anjing kurap? Sedangkan anjing kurap sekalipun tidak layak dilayan sedemikian rupa". Bunyi soalan ini kelihatan seperti cliche. Kebanyakan manusia normal dimana sahaja akan menjawab "Tidak". Tetapi berlainan pula di Malaysia. Bila ditanya soalan ini, jawapannya akan berbunyi seperti "Siapa suruh dorang berdemo?" atau "Itulah, orang suruh belajar yang korang sibuk berdemo tu kenapa?" atau "Padan muka". Soalan pun tak faham, ada hati nak jawab. Adoi! Jawapan untuk setiap soalan seperti ini tidak perlu terlampau bernas. Tidak perlu juga berjela-jela panjangnya. Cukuplah sekadar jawapan yang kena dengan soalan. Ini tidak, semua nak off topic dan terlepas pandang. Sorry, pura-pura terlepas pandang. Sebab kononnya, soalan atau isu yang berkaitan 'tiada kena-mengena' dengan diri mereka. Tolonglah!

Semua yang terjadi di Malaysia ini, semuanya PASTI ada kaitan dengan setiap rakyatnya. Dari yang kecil hinggalah yang sudah berbulu begitu juga yang sudah berkedut. PASTI. Jenayah, ekonomi, polisi kerajaan, agama, gejala sosial, pelajaran, politik. Segalanya. Setiap rakyat pasti terbabit atau akan terkesan dengan semua faktor ini. Semua usia. Tiada yang terkecuali. Tidak perlu ke sekolah yang tinggi untuk faham perkara-perkara asas seperti ini. Cuma perlu lebih bersikap terbuka, sedikit ambil tahu hal-ehwal semasa dan buang mentaliti lama. Wajib ditanam mentaliti, 'Korupsi itu adalah perkara yang salah" atau "rakyat tidak boleh ditindas serta ditipu begini" dan "Kita kena berbuat sesuatu untuk mengubah keadaan". Bila pemikiran seperti ini berkuasa didalam kepala masyarakat, siapa yang perlukan 'hero retorik'? Tidak perlu lagi 'hero retorik'.

Lupakan undang-undang yang dicipta oleh manusia kerana bukan semua undang-undang dicipta untuk menjaga kepentingan rakyatnya. Kebanyakan undang-undang adalah untuk melindungi mereka yang memerintah negara ini. Kenapa? Sebab mereka mahu kekal berkuasa. Itulah rasional dan realitinya. Fatwa ulama'? Dikeluarkan oleh ulama' yang bekerja untuk golongan pemerintah. Nak melawan? Mereka cuma makan gaji. Terpakasa berpura-pura bodoh. Terpaksa tutup mata. Terpaksa menipu rakyat dan menipu Tuhan mereka sendiri. Aduh...

Mana-mana dunia politik sememangnya dipenuhi dengan mereka yang bersifat seperti anjing yang tamak. Dan ia akan terus begitu sehingga kiamat. Mereka akan sentiasa memperjuangkan hak mereka dan bukan hak rakyat. Mengenyangkan perut mereka dan bukan perut rakyat. Mengkayakan ahli keluarga serta kroni mereka tanpa mempedulikan kemiskinan rakyat. Inilah dia kenyataan dunia politik dimana-mana negara di dunia ini. Janji-janji mereka kepada rakyat sebelum dapat menguasai sesuatu negara itu, adalah retorik semata-mata. Kerajaan atau pembangkang, sama sahaja. Cuma kita sebagai rakyat perlu memilih yang mana yang baik untuk diri kita walaupun kedua-duanya sama sahaja. Yang baik untuk jangka masa yang panjang. Itulah yang tidak seronoknya kita menjadi rakyat. Kerana kita perlu memilih di antara mereka ini. Kalau tersilap pilih, tidak menjadi masalah. Perbetulkan kesilapan pada pilihanraya seterusnya dengan menendang keluar bahalol yang tidak membuat kerja.

Itulah tanda sebuah negara bebas!

Saturday 31 December 2011

Adeh....

Sang Bodoh : "Ko tengok la satu hari nanti apa jadi kat Pulau Langkawi ni. Sejarah akan berulang!"
Aku : "Sejarah apa?"
Sang Bodoh : "Peristiwa Mahsuri akan berulang lagi!"
Aku : "Kenapa??"
Sang Bodoh : "Banyak sangat jual arak. Inilah jadinya bila pembangkang perintah!"
Aku : "Haaahhhh?!"

Friday 30 December 2011

Manusia Jahanam

Tiada pendirian.

Perkara ini sudah seperti menjadi suatu gejala sosial yang tidak dapat dibendung lagi. Masalah tiada pendirian ini menjadi gejala yang tidak sihat apabila HIDUP kita semua dirosakkan oleh golongan seperti ini. Dari segi mental dan sedikit fizikal. Mengikut sahaja tindak-tanduk manusia lain, tanpa berfikir. Okeylah, biasanya golongan ini mengatakan mereka berfikir sebelum membuat sesuatu penilaian. Tak tau pula apa yang dinilai tu. Kalau pendirian pun membabi buta, bermakna intipati penilaian tu letaknya dimana? Sekejap A dan dua hari lepas tu sudah ke E pula. Serupa tahi.

Setiap keputusan 'penilaian' itu, terletak kepada sang pengguna. Silap dinilai, maka runtuh lah 'ideologi' tersebut. Sama seperti kita pandu kereta dan sampai ketika hendak memotong. Silap penilaian, masuk hospital lah jawabnya. Pendirian yang bodoh memang selalu datang bergolek. Pendirian yang baik pula, perlukan informasi serta input yang lengkap. Barulah datangnya penilaian yang baik. Bukan hanya didapati dari akhbar harian atau perbualan sehari-hari. Tetapi juga memerlukan fokus yang penuh dari segala aspek teknikal.

Soal ini dibangkitkan, apabila terlihat status FB seorang manusia pendek akal ni. Pura-pura intelek sedangkan yang keluar dari kepalanya dan terus ke muka komputer itu berbunyi seperti bunyi lembu yang mengidap penyakit anjing gila. Sebelum Bersih 2.0 tempoh hari, manusia ini bermati-matian pada statusnya menyatakan ketidakpuasan hati terhadap pemerintah sekarang. Menyerang, menyelar dan mengutuk etika serta tindak-tanduk kerajaan. 2-3 hari sebelum berlangsungnya Bersih 2.0, 'pendirian' bodohnya berubah secara drastik. Menyatakan mereka yang ke 'sidang' Bersih 2.0 terbabit adalah manusia-manusia bodoh. HUH?! Dan sekejapnya tadi menyelar PAS dan UMNO secara serentak kerana perkara kecil. Hal politik dalaman. Yang perkara besar dilupakan, perkara kecil yang dibangkitkan. Sudah sememangnya menjadi asam garam politik, bergaduh sesama sendiri. Tak usah dipeningkan kepala kita dengan hal-hal politik seperti ini. RETORIK BODOH!

Inilah parahnya mentaliti manusia yang hidupnya senang-lenang. Bagaimana hendak bercerita soal perjuangan sekiranya mmg dilahirkan diatas cadar emas yang berbantalkan kilauan sutera?? Memang manusia bodoh! Memang melayu celaka! Belajar sehingga ke Everest tetapi minda diisi dengan air longkang tepi jalan yang dipenuhi dengan najis yang jijik! Negara ini LANGSUNG tidak memerlukan manusia yang seperti ini! Negara ini TERLAMPAU BANYAK melahirkan golongan seperti ini! Memang sudah diketahui, pimpinan negara ini mahukan rakyatnya bodoh seperti ini supaya dapat mengekalkan kuasa mereka! Sistem ini tidak akan mereka tukar kepada sistem yang lebih baik kerana bagi mereka sistem ini sekarang sedang berjalan dengan sangat lancar!

Golongan tiada pendirian seperti ini masih ramai lagi yang berlegar di kalangan kita. Cuba menyampaikan ideologi bodoh mereka kepada orang-orang yang lebih lagi bodoh daripada mereka. Apa yang perlu dilakukan oleh mangsa golongan seperti ini? Dengar dan percaya? Atau dengar dan nilai sehabis baik? Cuma ambil sedikit masa berfikir sejenak, dan kemudian buatlah keputusan yang sewajarnya. Itu sahaja toniknya. Sifat masyarakat kita sekarang yang malas berfikir, menyebabkan golongan seperti ini berleluasa dan secara tidak sedar, mereka ini jugalah yang membantu kezaliman kerajaan yang sedang memerintah ketika ini semakin hari semakin berkuasa. Ini yang kita mahu untuk masa depan anak-anak kita? Pemerintah yang dari sehari ke sehari semakin zalim?

Lupakanlah manusia seperti ini. Dapatkan input yang lebih. Buat penilaian secara bersungguh-sungguh. Tetapkan pendirian seteguh yang mungkin. Semakin difikir, semakin majulah masyarakat kita.

BERUBAH..Ayat yang sangat besar maknanya.....

Bila Bodoh Menjadi Dungu

Kalaupun dilahirkan sebagai si bodoh, tak perlu sampai hidup menyusahkan orang lain. Teruk benar perangai dilihat dek manusia lain. Pemalas, kaki lepak, kaki complaint, free loader, suka buat excuse. Bila digabungkan semua elemen ini pada seorang manusia, maka lahirlah 'The Ultimate Loser'. Cuma membuang oksigen dan pemberian lain yg Tuhan dah beri. Tidak membawa sebarang keuntungan, pada manusia dan bumi apatah lagi pada sesebuah organisasi. Bahkan merugikan.

Budaya serta elemen ini yang membuatkan orang lain marah dan mula mengata. Jangan dimarahkan amuk sang tebuan kalau sarangnya yang kita jolok. Umur pun dah lanjut. Otak pun sudah tidak bermaya lagi untuk proses penyambungan saraf-saraf yang tertangguh prosesnya. Cukup lah!